Dunia Islam mula mengorak langkah ke arah
pembaharuan pada akhir abad ke-18 sebagai reaksi mengatasi masalah kepincangan
dan kelemahan dalaman dan luaran dalam dunia Islam. Kesedaran ke arah
memperkuatkan dunia Islam dalam menghadapi bahaya dari dunia luar sudah lama
wujud, khasnya apabila Dawlah Uthmaniyah mula mengalami kekalahan dalam
menghadapi Eropah khasnya Austria pada akhir abad ke-17 lagi.
Dakwaan kegagalan
tentera Uthmaniyah menduduki kota Vienna pada tahun 1683
setelah berjaya mengepungnya selama enam puluh hari sebagai titik tolak kepada
sejarah kebangkitan kuasa Eropah mempunyai asas yang boleh diterima. Ini kerana
peristiwa ini membuktikan bahawa dunia Eropah mampu mempertahankan diri sendiri
dari ancaman Uthmaniyah. Bahkan sebaliknya sekiranya Vienna dapat dikuasai oleh orang Islam ia
akan mengubah sejarah dunia Eropah keseluruhannya. Andaian ini tidak
keterlaluan berasaskan kemenangan Uthmaniyah menduduki kota
Konstantinople, kota terakhir Empayar Byzantium dan lambang
kemegahan agama Kristian Ortodok Timur, pada tahun 1453.
0 komentar:
Posting Komentar