Pendahuluan
Pada awal abad ke-20, Dawlah Uthmaniyah telah mengalami
perubahan besar dalam sistem pemerintahan apabila berlakunya revolusi Turki
Muda pada tahun 1908. Hasil dari gerakan Turki Muda ini, bentuk pemerintahan
Dawlah Uthmaniyah bertukat dari sistem khalifah yang berkuasa mutlak kepada
khalifah berperlembagaan. Perubahan merupakan rentetan dari gerakan Uthmani
Muda yang berjaya memperjuangkan sistem khalifah berperlembagaan pada tahun
1876.
Tetapi sistem baru ini hanya dilaksanakan dalam tahun
pertama sahaja apabila Sultan Abdul Hamid bertindak menggantungkan perlembagaan
dan kembali kepada system khalifah yang berkuasa obsolut seperi sebelumnya.
Hanya pada 1908, Dawlah Uthmaniyah mula melaksanakan sistem khalifah berperlembagaan.
B.
Uthmani Muda dan Turki Muda
Walaupun konsep pemerintahan berperlembagaan diasaskan
oleh Uthmani Muda dan diteruskan oleh Turki Muda, kedua-dua kumpulan ini adalah
berbeza. Pertama, Uthmani Muda adalah terdiri dari sekumpulan intelektual yang
berpendidikan Barat yang bekerja sebagai wartawan dan penterjemah di Biro
Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri, tetapi masih berfahamkan keutuhan
tradisi Uthmaniyah dan syariat Islam. Antara tokoh-tokoh utama kumpulan ini ialah Nuri Bey, Nemik Kemal. Ali
Suavi, Ayatullah bey, Ziya Pasha dan Mustafa Fazil Pasha.
0 komentar:
Posting Komentar